Ahad, 15 Mei 2011

Mak Abah Dan Air Mataku....

Hi..!! aku tak tahu aku patut cite kisah aku ni atau pun tidak....tp utk pengajaran bagi aku terutamanya, aku kongsi pada kalian yang mungkin terbaca bloq aku ni...Aku sebenarnya datang dari keluarga yang sederhana,rezeki kami lebih kepada berniaga...berniaga dan terus berniaga. Sebagai seorang anak aku rasa sangat2 bersalah pada mak abah yang tak sudah2 bekerja expecially utk anak2 yang senang aku katakan kurang ambik berat tentang ibu bapa.Aku mempunyai 7 beradik, 5 lelaki dan 2 perempuan...Aku ingat lagi cerita abah pada aku....Masa abah kahwinkan abah dah cakap ngan mak, abah nak ank  6 atau 7 orang...Aku agak pelik masa tu sebab masa tu aku tingkatan 4..aku dengan nada selamba bertanya" nape bahh?" Abah Jawab" Sbb..Kalau mak atau abah Mati ada anak2 yang uruskan mayat kami" Aku terkedu jap..nape abah cakap macam tue..? sebenarnya aku ni antara anak yang sangat rapat dengan abah sehinggakan kalau nak beli barang pun aku yang kena cakapkan.So berbalik pada cite abah tadi yang buat otak aku berputar macam rim basikal masih belum ada jawapannyer..sekali lagi aku tanya abah urus macam mane bahh??? lalu abah jawab..Andai kata abah pergi dulu,abah tak mahu orang lain uruskan jenazahnyer,katanya lagi kalau anak lelaki ada empat orang rasanya tak berat nak sempurna kan jasatnye hingga ke tanah perkuburan..dari segi mandi hingga lah memikul keranda yang bakal diusung ke destinasinyer...apabila mendengar kata2 abah aku jadi sebak..kata abah lagi anak yang perempuan yang 2 orang tue membantu ibu menguruskan rumah serta kenduri tahlil...air mata yang aku tahan dari tadi tak mampu aku tanggung..aku menanggis..aku tahu yang abah lahirkan kata2 tu sbb keletihan yang ditanggung dari kami adik beradik masih kecil hingga lah ke dewasa tiada kesudahannya...Dalam hati aku...aku berjanji akan menjaga dan membantu abah selagi aku berdaya...Dari kediaman yang ditinggalkan orang sebab terpencil dan berhantu, menjadi teratak kami sekeluarga hinggalah menjadi sebuah rumah yang begitu selesa walaupun tak semewah mana....(abah beli tanah tue)..
Tetapi.....ape yang aku nak ceritakan ini,bukan harta kami...tetapi tanggungjawab kami adik beradik.....
Disebabkan ghairah nak anak2 berjaya, abah sanggup habiskan duit pencen nyer utk abang sulung aku yang mahir dalam mekanikal permotoran..mmg aku tak nafikan, dia memang cekap dlm bidang tu..tp itu tak semestinya dia boleh letakkan kepercayaan keatas anak dan menantunya itu..bila buka cerita ni, abah yang kuat dan tabah mampu menanggis depan ank2...percaya tak??ape perasaan aku sebagai anak?aku tak kisah adik beradik lain rasa ke tak tp aku benci dengan manusia yang kecewakan mak abah aku..Setelah abah laburkan duit,mak bergolok bergadai, dalam perniagaan nya dengan along (abangku), perniagaan kami makin maju dan kami boleh rase kemewahanya..bkn aku tp keluarga along..isterinya dilantik sebagai setiausaha,.ank2 nya dihantar tuesyen, setiap ank2, isteri termasuk lah along abah imsurancekan bagi kesenangan dan masa depan ank dan cucu2 nya...di siapkan sebiji rumah yang lengkap,sbb sebelum ni dia dibuat dan dihalaau macam anjing kurap oleh majikan lamanya (paksedare sendiri)..dibelikan sebuah kereta MYVI 1.5cc baru...tak cukup ker??mewahkan???
Setelah hampir 2 tahun bertungkus lumus..bergolok bergadai utk bengkel bertuah tu...Atas permintaan Along dan Isteri tercinta, Abah diminta bersara atau keluar dari syarikat dan sekali gus mencadangkan jawatan abah dlm syarikat akan diambil alih oleh bapa mertuanya....Abah tergamam..!!! biarlah berjuta alasan yang diberi oleh along dan isterinya...aku tetap kata alasan nya memang tak logik..disuruh abah berehat, kesian nengok abah bertungkus lumus...Logik ker??? Mak yang dibayar gaji sehari RM15 untuk menyapu dan membersih pejabat dan toilet, dikatakan nak merampas kuasanya di bengkel tu...sebenarnya banyak yang buat aku benci dengan keluarga along terutamanya sang isteri yang busuk hati dan tamak....terlalu tamak...tiap kali sembahyang air mata mak abah tak pernah kering mendoakan kebahagiaan ank2..abah keluar tanpa se sen duit pun,hutang keliling pinggang,...dengan tanggungan adik bungsu yang masih belajar..
Setelah sembilan bulan membuat pelbagai kerja termasuk abah tanam pokok pisang,serai,sayur, mak menjual barang2 jualan langsung,pasang langsir, amik upah sana sini, memungut hasil jualan untuk membayar hutang yang perlu ditutup....harap aku..sikit2 mampulah aku..,abah mula dengan semangat baru,Lan adik lelaki yang boleh aku harapkan bagi membantu telah mendapatkan sedikit modal dengan membuat pinjaman utk abah keluarkan sebiji lori bagi memudahkan kami mulakan perniagaan dari bawah..Setelah abah berbincang dengan kami 4 beradik...kami mengambil keputusan utk berniaga air kelapa dan buah potong..aku hanya mahu mak abah gembira jer...aku bantu mana yang boleh.....Dalam ekonomi aku yang tak stabil aku kuatkan semangatku abah mampu berdiri utk mencuba sesuatu yang baru.Aku tak nak abah putus asa..Akhirnya abah berjaya!!! aku happy..!!!!! tahniah abah..!!!..aku amat bangga dengan abah...
Kini tiba turn mak pulak...mak nengok abah berjaya,...timbul keinginan mak nak berniaga, aku kurang sokong  sbb aku xnak mak sakit, letih,dan macam2 lagi..biar lah aku tanggung mak..tp aku kenal mak..mak mmg kuat semangat dan satu kelebihan nyer tak suke nanti duit titik peluh org lain sbb dia ada keinginan,,aku paham..sebab aku macam mak..Aku modalkan dulu bagi merialisasikan impian mak...nak berniaga NASI LEMAK KUKUS..mak memang expert masak memasak ni...nasi lemak kukus berlauk dimulakan dengan 5 cupak beras...Alhamdulillah banyak permintaan..nasi lemak mak laris..mak makin kuat dan semangat nak berniaga....Happy aku ni Allah sahaja yang tahu...Satu malam aku terlena awal mungkin kepenatan dengan tugasan harian..SMS dari mak masih lagi aku simpan,dihantar pada 10 mei 2011 jam 2.17 yang berbunyi..."salam.za da tido ke?mak tengah masak ni.semua orang dah tido.borring lah..tegingat mak masa dulu2..."tak semena mena aku menangis pagi tu...Yaallah.....ape dah jadi dengan aku ni...mana perginye tanggungjawab aku???...sampai bila mak nak bekerja macam ni?? Sejak peristiwa tue aku selalu tido lewat dan sms mak..aku tak kan tido selagi mak tak tido..ape daya aku dok jauh sekali gus aku punya tanggungjawab...tiap kali nak lelapkan mata aku akan memikirkan mak dan tugasannya..Yaallah ko berkatilah perjuangan mak dan abah.kau kuatlah semangat dan kutratnya sebagai manusia biasa....Pada mak dan abah aku berjanji akan berkorban apa yang terdaya untuk mak abah...Sebab kau adalah insan yang begitu mengenali siapa aku dan kau adalah kekuatan ku.......

Tiada ulasan:

BeRgaMbAr KenaNgAn PaDa PaGi SyWalL

BeRgaMbAr KenaNgAn PaDa PaGi SyWalL
BeRgaMbAr KenaNgAn PaDa PaGi SyWalL 10 SePteMbEr 2010

RaTu Kebaya???????

RaTu Kebaya???????
Aku Tak Poyooo Lagi....

Follwers